BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 29, 2009

~konsert SATU - Dato Siti Nurhaliza~



'Event Of The Year'






Konsert SATU

Setelah hampir sebulan menanti…

Akhirnya pasti…Alhamdullilah…tiada aral melintang…kesihatan juga stabil..

Dapat juga aku pergi konsert SATU Dato Siti Nurhaliza di Istana Budaya…

Konsert yang aku tunggu-tunggu.

Akhirnya…tercapai gak impian…

Memang sangat2 teruja

Ya!memang aku akui mungkin aku salah seorang ‘die hard fan’

Mungkin 13 buah album dan kesemua lagu beliau boleh dinyanyikan dan dialunkan…..

Apepun..terima kasih kat kawan aku yang belikan tiket..

Juga penjemput setia aku..huhu..thanx AK :)

Ramai tanya…??

Camne konsert?best tak?mantap?CT paki tudung tak?huhu

Macam2 lagi la…

Jawapannya…

Tengok la gambar2 ni dulu…









Persembahan pembuka tirai





SATU dalam sejuta





Bersama penari-penari





pembuka tirai irama pop rock





pop rock






etnik kreatif






medley lagu-lagu etnik kreatif







kurniaan dalam samaran...memang mantap






The best of CT






Ape yang dapat aku bagi tahu..

Konsert ni memang superb,mantap,best…

Mungkin ramai dah tahu konsep konsert ini..

Di mana CT aku mengetengahkan konsep teater..
Di mana CT menceritakan perjalanan hidup seni beliau dari mulanya bergelar artis...kejayaan...kegelapan....percintaan...sehinggala kini...

Lebih dari 30 buah lagu dari album 1 hingga kini...

Agak banyak untuk disenaraikan...

tapi yang pasti semua antara terbaik dari terbaik..

tetapi aku mempunyai pilihan lagu tersendiri...

Biar ku saja yang tahu...hehe

Yang sememangnya popular, hebat dan masih segar....

Memang lain dari yang lain…

Malam tu memang terbukti kehebatan CT…

Konsert yang mengambil masa selama 2 jam lebih memang tak menghampakn…

Cuma bagi seorang peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan beliau mungkin merasakan persembahannya sebenarnya sudah biasa dilihat seperti persembahan sebelumnya yang sememangnya mantap dan best…

Hanya beberapa lagu yang dapat didengar yang mempunyai susunan muzik yang diubah…

Mungkin CT mahu membuktikan yang beliau semangnya layak mengungguli vokal wanita terbaik Negara…..

Memang tak dapat dinafikan lagi beliau merupakan diva dan ikon terhebat Negara…

Pepun..persembahan malam tu memang memukau dan hebat..

Aku memang layan setiap lagu yang disampaikan…

Siap menyanyi dan mengikut rentak menari….huhu..

Pepun…memang aku rasakan ‘The best event of the year’

Congratulation CT….






p/s : nanti aku upload ganbar-gambar aku plak..huhu





2 luahan hati:

Zaheera said...

Peerrrrghhhhh!!!! Tgk gamba je dh tau kehebatannya!!!

Azly_Zackry said...

yeah!!

mmg superb beb...

huhu